Wednesday, 26 July 2017

Gunung Trusmadi



Rajah 1: Gunung Trusmadi

   


      Mungkin ramai yang belum mengetahui atau menyedari kewujudan Gunung Trusmadi kerana Gunung Kinabalu adalah lebih terkenal dan mendapat sambutan ramai berbanding gunung Trusmadi. Jadi, inilah tujuan saya menulis blog mengenai gunung Trusmadi. 


      Gunung Trusmadi merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung Trusmadi terletak di  daerah Tambunan, Sabah dan mempunyai ketinggian setinggi 2,642 meter (8,669 kaki). Menurut sumber,  walaupun gunung Trusmadi bukan yang pertama tertinggi, tetapi cabaran untuk mendaki gunung tersebut adalah lebih mencabar berbanding gunung Kinabalu. menariknya, gunung Trusmadi juga mempunyai 4 hutan. Antaranya, hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous. keempat-empat hutan tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri. disepanjang perjalanan menuju ke puncak gunung Trusmadi, anda akan dapat melihat sendiri pelbagai jenis flora yang jarang ditemui di mana-mana hutan dan ianya hanya terdapat dihutan ini. pernahkah anda dengar tumbuhan yang disebut sebagai Nepenthes Macrophylla? mari saya ceritakan serba sedikit mengenai tumbuhan unik ini.


      Nepenthes Macrophylla adalah nama saintifik bagi periuk kera dan tumbuhan karnivor ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen. selain keunikan bentuknya, periuk kera juga boleh dijadikan ubat dan boleh juga dijadikan sebagai tempat letak makanan. 



rajah 2: Nepenthes Macrophylla

perjalanan menuju ke gunung Trusmadi mengambil masa 1 jam lebih. sudah pastinya perjalanan menuju ke gunung tersebut memerlukan kenderaan 4WD untuk sampai ke base camp. Namun, sebelum memulakan perjalanan, anda harus mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan Sabah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum memulakan pendakian. selain itu, seperti yang anda sedia maklum, pemandu arah ataupun tourist guide adalah sangat diperlukan untuk menjaga keselamatan anda.




No comments:

Post a Comment